Akhir pemerintahan Derg

Sebuah referendum meluluskan suatu perlembagaan baru untuk Republik Rakyat Demokratik Habsyah yang baru mengakhiri pemerintahan pihak Derg secara rasmi pada 22 Februari 1987, namun pemerintahan baru tidak memansuhkan pihak tersebut secara rasmi sehingga pada bulan September yang sama.[2] Anggota-anggota Derg  yang masih hidup, termasuk Mengistu, kekal dalam pemerintahan rejim baru ini.

Menjelang akhir bulan Januari 1991, gabungan pasukan pemberontak iaitu Barisan Revolusi Rakyat Demokratik Habsyah menawan GondarBahar Dar dan Dessie manakala Barisan Pembebasan Rakyat Eritrea telah menguasai semua kawasan Eritrea kecuali Asmara dan Assab di selatan. Keadaan Kesatuan Soviet yang begitu rapuh menyebabkan negara tersebut tidak mampu lagi memeberikan sokongan mereka kepasda pihak Derg.[3] Mengistu melarikan diri dari negara tersebut pada 21 Mei ke suatu pangkalan di selatan Ethiopia, kemudiannya ke Kenya di mana beliau dan keluarga terdekatnya berlepas ke Zimbabwe mendapatkan suaka di sana.